~Testimoni Examo Ckm 500~

13/12/10

Examo CKM-500 PLUS

Harga per Unit : RM 28.00


Kategori : Homeopati ,
Isi : 28 Biji ,
Tempoh Guna : 7 Bulan ,
----------------------------------


Kesesuaian : Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Kesan Kegunaan:
-Membantu mempercepatkan tindakan EXAMO-CKM 500   terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO-CKM 500 itu. Sama peranannya seperti pemangkin (catalyst).

Lain-lain Kegunaan:
Dapat membantu EXAMO-CKM 500 terutama dalam kes-kes berikut:
a)Lupa yang amat teruk.
b)Hilang semangat untuk belajar dan bekerja.
c)Peribadi terbelah (split personality).
d)Perasaan mendengar bisikan dari belakang.
e)Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong.
   Kemungkinan kesan kemudaratan ,Tiada. 
   Cara makan : 1 biji sekali seminggu.

Pantang Larang :
*Elak minuman yang berkafeina seperti kopi dan 
  Nescafe serta minuman bergas.

Cara menyimpan :
-Tutup ketat. Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk.
 Jangan simpan di tempat berbau kuat
 (Contoh : dekat minyak wangi)

Examo CKM-500


Harga per Unit  : RM 56.00


Kategori : Biokimia
lsi : 450 Biji
Tempoh guna : 3 Bulan hingga 1 Tahun.



Kesesuaian : Semua peringkat dari bayi hingga 
orang dewasa.
EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. la dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. la dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.
Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:-

* Lesu
* Lemah
* Mengantuk
* Sengal otot dan sendi
* Lapar dan dahaga
* Marah-marah
* Tidak dapat meneruskan kerja
* Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, 
    tenaga dapat dipulihkan.
* Bagaimana hendak memulihkan TENAGA?

 Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:-
1. Memberi semangat dan perangsang.
2. Beristirahat.
3. Makan dan minum.

   Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisisanalisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

-Perasaan gementar, cemas dan bimbang
-Bersifat pesimis dan bersikap negatif
-Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
-Selalu letih dan tidak bertenaga
-Sering diganggu kesedihan tidak menentu
-Serabut fikiran dan kelesuan otak
-Lemah daya berfikir dan rasa malas
-Mudah lupa dan rasa jemu
-Kurang daya tumpuan


Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.
BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:-
1.  Memberikan semangat dan perangsang
2.  Beristirahat
3.  Makan dan minum

Memberi semangat dan perangsang.
-Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti "Jangan putus asa. Cuba lagi. Saya yakin kamu boleh berjaya".
Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, "Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya". Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakah seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri.

Beristirahat
-Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirahat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

Makanan
-Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Apakah nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga?
Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.

Pendapat orang
-Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah. KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.
Menurut penyelidikan Prof PyotrAnokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendrific fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu  mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.
Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?
Jawabnya: BOLEH
Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
NEURON
Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

AKTIVITI OTAK
-Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.
Dad situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan tadi.
Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikianlah juga EXAMO- CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.
EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. la tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh rnendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).
EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak. neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengF, sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akar diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Magnesium Posfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini.
Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakai oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universil sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.


Kesan Kegunaan ;-
a)  Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
b)  Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
c)  Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.

Lain-lain Kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
7. Pesakit jiwa atau mental ,Kemungkinan Kesan 
    Mudarat Ringan
            
Kesan sementara
1.  Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2.  Pening kepala, tekanan darah rendah. Cara Makan:
Dikemam dalam mulut.
----------------------------------------------------------------
Cara makan
Bayi (kurang 1 tahun)             - 1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun)       - 2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun)     - 3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas)      - 4 biji
----------------------------------------------------------------
Minggu pertama     -   (3 kali sehari)
Minggu ke-2 dan ke-3   -    ( 2 kali sehari)
Minggu ke-4 dan seterusnya  -    (1 kali sehari)

28/11/10

SALINDAH SET

SALINDAH
"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil 
Dari Awal Kehamilan Sehingga 
Habis Pantang"


    Sudah tentu anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Salindah ? Siapa yang mencipta Salindah? Apa faedah dan kelebihan Salindah kepada ibu dan anak? Bagaimana cara dan prosedur pengambilannya yang sesuai dan terbaik? Dan seterusnya adakah Salindah mempunyai pantang larang?
   Anda boleh ke laman testimoni untuk mendengar apa kata ibu-ibu yang telah menggunakan Salindah. Tidak hairanlah Salindah juga telah dikenali ramai dan mendapat banyak liputan media masa.
Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.

  Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
Metod Perubatan Salindah ialah Homeopati Biokimia dan Herbalisme .
Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.
Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.
Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit " Down Syndrome ".
Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.
Akhirnya pada tahun 1981 , Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.
Pencipta Salindah
Prof Dr Azizan Hj Ismail adalah pencipta Formula Salindah . Beliau adalah seorang tokoh homeopatiyang terkenal di Malaysia.
Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura . Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England . Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.
Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd . Di antara produk popular beliau ialah Examo, Salindah dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada bandingannya di Malaysia.
Kini beliau memiliki kilangnya sendiri iaitu Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Pendaftaran No. ), yang beroperasi di alamat 58 dan 62, Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah. Kilang ini,ringkasnya Homeolab, telah beroperasi sejak 1998, dan mempunyai Lesen Pengilang No. MALLP20000700 serta Sijil PBKD 000554. Homeolab adalah sebuah kilang farmaseutikal yang memenuhi piawaian GMP (Amalan Pengilang Baik).

Kenapa Salindah.
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.
Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.
Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.

27/11/10

Faedah dan kelebihan Lain Selain Ibu Hamil (Salindah)


Sebelum Bersalin



B1 - Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, 
        dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2 - Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang.
        Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang 
        sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3 - Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.
B4 - Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6 - Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan
        memulas  dalam perut.



Selepas Bersalin


L7 : Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.
L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi,
       sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, 
       darah hidung, merancau dan menjerit.
L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, 
       sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,
       cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
L10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga 

26/11/10

ISU TERKINI SALINDAH

Fakta2 mengenai produk Salindah keluaran Era Edar Marketing Sdn. Bhd.Era Edar Marketing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan Single Level Marketing.Salindah adalah salah satu daripada puluhan produk yang diformulasikan oleh Allahyarham Prof Dr Azizan b Ismail. Salindah adalah rencana pemakanan kesihatan yang paling lengkap yang telah berjaya dihasilkan dan banyak memberi kebaikan kepada wanita yang menggunakannya. Salindah telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak akan mendatangkan kesan-kesan sampingan atau keracunan kepada pengguna. Kesan kebaikan SALINDAH ini merangkumi peringkat waktu sebelum dan selepas bersalin.Sudah biasa kepada wanita yang mengandung akan menghadapi pelbagai masalah. Pada kalangan ahli perubatan, masalah berat ini dinamakan 'Faktor Berisiko Tinggi'. Masalah yang sering dihidapi oleh wanita mengandung seperti loya, muntah, pening berpusing, kurang selera makan, ada kecenderungan beradarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, sembelit, krem, anak songsang dan lain-lain lagi. Semasa dan selepas bersalin pula, masalah yang dihadapi oleh wanita ialah tersangkut uri semasa melahirkan, tumpah darah, sakit meroyan, rahim tergelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dll.Berdasarkan kajian dan kes yang telah diterima, maka didapati bahawa salah satu daripada punca yang membawa kepada masalah tersebut adalah pengambilan makanan dan minuman yang tidak betul. Maka, jauhi atau kurangkan daripada mengambil makanan atau minuman berikut :
  • Garam yang dicampurkan ke dalam makanan secara berlebihan
  • Masakan yang tinggi kandungan gula, minyak, rempah-rempah, bahan perasa, bahan penaik, pewarna dan kicap
  • Makanan dan minuman di dalam botol, terutama jenis peraman, awetan, buahan bersirap, dan minuman bergas.
  • Makanan yang menggunakan tepung gandum yang halus kerana tepung gandum yang dikilang halus ini sebenarnya menjadi racun pada tubuh.
  • Minum air yang tidak dimasak atau ditapis mengandungi kandungan klorin atau fluorid disamping bahan plumbum daripada paip yang digunakan.
  • Minum kopi atau menghisap rokok telah didapati oleh pakar-pakar perubatan sebagai tidak baik bagi ibu hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...