~Testimoni Examo Ckm 500~

26/11/10

ISU TERKINI SALINDAH

Fakta2 mengenai produk Salindah keluaran Era Edar Marketing Sdn. Bhd.Era Edar Marketing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan Single Level Marketing.Salindah adalah salah satu daripada puluhan produk yang diformulasikan oleh Allahyarham Prof Dr Azizan b Ismail. Salindah adalah rencana pemakanan kesihatan yang paling lengkap yang telah berjaya dihasilkan dan banyak memberi kebaikan kepada wanita yang menggunakannya. Salindah telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak akan mendatangkan kesan-kesan sampingan atau keracunan kepada pengguna. Kesan kebaikan SALINDAH ini merangkumi peringkat waktu sebelum dan selepas bersalin.Sudah biasa kepada wanita yang mengandung akan menghadapi pelbagai masalah. Pada kalangan ahli perubatan, masalah berat ini dinamakan 'Faktor Berisiko Tinggi'. Masalah yang sering dihidapi oleh wanita mengandung seperti loya, muntah, pening berpusing, kurang selera makan, ada kecenderungan beradarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, sembelit, krem, anak songsang dan lain-lain lagi. Semasa dan selepas bersalin pula, masalah yang dihadapi oleh wanita ialah tersangkut uri semasa melahirkan, tumpah darah, sakit meroyan, rahim tergelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dll.Berdasarkan kajian dan kes yang telah diterima, maka didapati bahawa salah satu daripada punca yang membawa kepada masalah tersebut adalah pengambilan makanan dan minuman yang tidak betul. Maka, jauhi atau kurangkan daripada mengambil makanan atau minuman berikut :
  • Garam yang dicampurkan ke dalam makanan secara berlebihan
  • Masakan yang tinggi kandungan gula, minyak, rempah-rempah, bahan perasa, bahan penaik, pewarna dan kicap
  • Makanan dan minuman di dalam botol, terutama jenis peraman, awetan, buahan bersirap, dan minuman bergas.
  • Makanan yang menggunakan tepung gandum yang halus kerana tepung gandum yang dikilang halus ini sebenarnya menjadi racun pada tubuh.
  • Minum air yang tidak dimasak atau ditapis mengandungi kandungan klorin atau fluorid disamping bahan plumbum daripada paip yang digunakan.
  • Minum kopi atau menghisap rokok telah didapati oleh pakar-pakar perubatan sebagai tidak baik bagi ibu hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...