~Testimoni Examo Ckm 500~

28/11/10

SALINDAH SET

SALINDAH
"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil 
Dari Awal Kehamilan Sehingga 
Habis Pantang"


    Sudah tentu anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Salindah ? Siapa yang mencipta Salindah? Apa faedah dan kelebihan Salindah kepada ibu dan anak? Bagaimana cara dan prosedur pengambilannya yang sesuai dan terbaik? Dan seterusnya adakah Salindah mempunyai pantang larang?
   Anda boleh ke laman testimoni untuk mendengar apa kata ibu-ibu yang telah menggunakan Salindah. Tidak hairanlah Salindah juga telah dikenali ramai dan mendapat banyak liputan media masa.
Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.

  Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
Metod Perubatan Salindah ialah Homeopati Biokimia dan Herbalisme .
Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.
Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.
Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit " Down Syndrome ".
Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.
Akhirnya pada tahun 1981 , Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.
Pencipta Salindah
Prof Dr Azizan Hj Ismail adalah pencipta Formula Salindah . Beliau adalah seorang tokoh homeopatiyang terkenal di Malaysia.
Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura . Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England . Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.
Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd . Di antara produk popular beliau ialah Examo, Salindah dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada bandingannya di Malaysia.
Kini beliau memiliki kilangnya sendiri iaitu Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Pendaftaran No. ), yang beroperasi di alamat 58 dan 62, Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah. Kilang ini,ringkasnya Homeolab, telah beroperasi sejak 1998, dan mempunyai Lesen Pengilang No. MALLP20000700 serta Sijil PBKD 000554. Homeolab adalah sebuah kilang farmaseutikal yang memenuhi piawaian GMP (Amalan Pengilang Baik).

Kenapa Salindah.
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.
Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.
Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.

27/11/10

Faedah dan kelebihan Lain Selain Ibu Hamil (Salindah)


Sebelum Bersalin



B1 - Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, 
        dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2 - Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang.
        Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang 
        sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3 - Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.
B4 - Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6 - Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan
        memulas  dalam perut.



Selepas Bersalin


L7 : Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.
L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi,
       sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, 
       darah hidung, merancau dan menjerit.
L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, 
       sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,
       cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
L10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga 

26/11/10

ISU TERKINI SALINDAH

Fakta2 mengenai produk Salindah keluaran Era Edar Marketing Sdn. Bhd.Era Edar Marketing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan Single Level Marketing.Salindah adalah salah satu daripada puluhan produk yang diformulasikan oleh Allahyarham Prof Dr Azizan b Ismail. Salindah adalah rencana pemakanan kesihatan yang paling lengkap yang telah berjaya dihasilkan dan banyak memberi kebaikan kepada wanita yang menggunakannya. Salindah telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak akan mendatangkan kesan-kesan sampingan atau keracunan kepada pengguna. Kesan kebaikan SALINDAH ini merangkumi peringkat waktu sebelum dan selepas bersalin.Sudah biasa kepada wanita yang mengandung akan menghadapi pelbagai masalah. Pada kalangan ahli perubatan, masalah berat ini dinamakan 'Faktor Berisiko Tinggi'. Masalah yang sering dihidapi oleh wanita mengandung seperti loya, muntah, pening berpusing, kurang selera makan, ada kecenderungan beradarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, sembelit, krem, anak songsang dan lain-lain lagi. Semasa dan selepas bersalin pula, masalah yang dihadapi oleh wanita ialah tersangkut uri semasa melahirkan, tumpah darah, sakit meroyan, rahim tergelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dll.Berdasarkan kajian dan kes yang telah diterima, maka didapati bahawa salah satu daripada punca yang membawa kepada masalah tersebut adalah pengambilan makanan dan minuman yang tidak betul. Maka, jauhi atau kurangkan daripada mengambil makanan atau minuman berikut :
  • Garam yang dicampurkan ke dalam makanan secara berlebihan
  • Masakan yang tinggi kandungan gula, minyak, rempah-rempah, bahan perasa, bahan penaik, pewarna dan kicap
  • Makanan dan minuman di dalam botol, terutama jenis peraman, awetan, buahan bersirap, dan minuman bergas.
  • Makanan yang menggunakan tepung gandum yang halus kerana tepung gandum yang dikilang halus ini sebenarnya menjadi racun pada tubuh.
  • Minum air yang tidak dimasak atau ditapis mengandungi kandungan klorin atau fluorid disamping bahan plumbum daripada paip yang digunakan.
  • Minum kopi atau menghisap rokok telah didapati oleh pakar-pakar perubatan sebagai tidak baik bagi ibu hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...